Hutang dhuha
Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil
untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat Dhuha. Seorang Ustazdari
Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakn
kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.
Di dalam buku nya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar
Syukur , Belajar yakin” beliau memperkenalkan konsep “Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di
dalam buku tersebut beliau membahasa kan konsep bahawa kita sudah terlalu
banyak berhutang dengan allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk Membayar
bayaran keranan kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang
lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar
semua nikmat tersebut menggunakan wang,
oleh itu Dia dengan kasih sayangNya mensyaratkan bahawa solat sunat Dhuha 2
Rakaat sebagai bayarannya.
Sepertia yang tercatat di satu hadis “pada setiap manusia
terdapat 340 sendi . Setiap satu sendi harus di sedekahi oleh nya. Para sahabat
bertanya, “ Siapa kah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah
bersabda, jika terdapat kotoran di masjid, tutuplah dengan tanah (Buang dan
bersihkan), dan Jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika
engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha 2 rakaat sebagai ganti nya
bagimu” (HR. Imam Ahmad)
Dan menurut riwayat
yang lain , “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian
wajib disedekahi.Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah
sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah.
Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semua nya terpenuhi dengan dua
rakat solat dhuha. “(HR. Muslim)
Melalui hadis di atas, semakin jelas kepada kita bahawa kita
sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupa nya. Ada di antara kita
yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang
dhuha, belum lagi di kira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang
lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.
Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira
agak-agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi
365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha
kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Msha
allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah buka? Persoalan nya
disini , adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya,
bagaimanakah cara mahu membuatnya?
Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa
yang di ceritakan ustaz Yusuf Mansur di dalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang
pekerja kerajaan telah dating bertemunya selepas beliau menyampaikan satu
ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah. Wang
tabungan yang sudah di kumpul selama setahun telah hilang kerana di curi. Agak banyak
jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz
Yusuf Mansur. Ustaz dengan pantas bertanya “ ada mengamalkan solat dhuha tak
selama ini?” Kemudian pekerja itu menjawab bahawa die tidak atau kalau laku kan
pun agak jarang sekali. Kemudian secara
langsung ustaz menjawab, “patut lah Allah mengambil ( melalui Pencuri) duit
tersebut, di ambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya.” .Begitu
juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama kita masih tak dapat membuat
simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.
Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar
hutang hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa
henti supaya hutang hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya
hutang kita itu di lunasi? Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf
Mansur di dalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana
kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.
Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu SMS kepada
Ustaz ;
“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang Dhuha di program
Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan
Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur
10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya
berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebab nya saya merasakan hidup saya kurang
diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam.”
Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk di
aplikasi kan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya,
ceritakan juga konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda
kenal. Dengan cara ini sahaja lah hutang hutang anda mampu dilunasi kerana
setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui
anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang
menjadi saham pahala anda juga.
Namun, pasti aka nada yang bertanya , “ Tetapi bukan semua
pandai untuk menceritakan perkara-perkara sebegini kepada orang lain,”. Pasti
akan terdetik di fikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu
menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan
mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.
Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang
lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit
sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melaku kan solat
sunat dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan
manfaat dan kelebihan Dhuha di dalam percakapan anda. Jika anda seorang
pemimpin , nasihatlah dan berikan lah motivasi tentang solat dhuha kepada
rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak
pelajar-pelajar anda berdhuha di setiap pagi. Namun , jangan hanya menyuruh,
ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka
lagi bermotivasi.
Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika
anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang di sekeliling anda tentang
kebaikan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri
penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk
berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga
menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha
penulis.
wallahua'lam. Semoga bermanfaat.
HUTANG DHUHA
COPY PASTE
No comments:
Post a Comment